TEKNOLOGI DAN INOVASI

Saturday, October 23, 2010

video youtube yang boleh dikongsikan bersama.













































BEG YANG BOLEH MENCARI WIFI TANPA DIBUKA

Selain daripada cekap dan mempunyai gaya, beg ini menawarkan kepada pengguna untuk mencari isyarat wifi tanpa perlu membuka laptop setiap kali ingin mencari isyarat wifi. Beg ini direka untuk membawa laptop bersama semua aksesori tanpa kesan luaran. Tali yang direka bersesuaian dengan semua pengguna kerana ia boleh diubah, dan beg ini mempunyai tempat yang khas unutk menyimpan telefon bimbit, pemain MP3 dan eksesori lain. Dibuat daripada nilon yang mempunyai kepadatan tinggi, beg ini memberi jaminan untuk penggunaan maksimum dan mempunyai gaya yang tersendiri kepada penggunanya.




INOVATIF TITAN HIGHROLLER TRAVEL SUITCASE

TRAVEL SUITCASE ini boleh memberi kontroversi berbanding senario biasa iaitu orang yang kepenatan akibat membawa beg yang besar. Mungkin apabila dilihat dari luar, anda hanya menjangkakan ia hanyalah beg biasa yang digunakan untuk berjalan tetapi apabila pengguan mengubah kickbike yang akan menarik keluar tempat pemijak. Beg ini diperbuat daripada bahan tahan lama dan ultra-ringan yang terdiri daripada mobiliti maksimum dan mempunyai pemegang ergonomik yang membantu pengguna untuk menseimbangkan diri apabila menggunakannya. Selain itu, ia mempunyai tempat yang khusus untuk meletakkan laptop. Beg ini memberikan gaya kepada ahli perniagaan dan orang biasa ynag ingin menaiki kapal terbang menuju destinasi masing-masing.




MUZIK UNTUK PENARI BALET

Music toucher yang dihasilkan berkonsepkan membantu penari untuk mendengar muzik yang boleh bertukar menjadi getaran yang akan mewujudkan irama bagi memudahkan penari. Kasut ini juga boleh membantu orang yang pekak yang mempunyai impian untuk menari. Tapak kasut ini mempunyai modul memindahkan getaran yang tidak akan menggangu pemakai dan tidak akan mewujudkan perasaan tidak selesa. Kasut ini memindahkan irama menjadi getaran, hal ini kerana getaran yang dihasilkan di permukaan tanah akan membantu penari untuk merasainya dan menghasilkan langkah tarian. Direka oleh Heng Fengchi, Wang Xiaofei, Wang Lijue, Zhou Hongjie, and Gao Shan Shan




PENYANGKUT BAJU DUA DALAM SATU

Penyangkut baju ini dihasilkan oleh Chetan Sorab yang boleh digunakan untuk menyimpan pakaian dalam almari dengan pelbagai cara. Penghasilannya hasil inspirasi bentuk awal pesawat Perang Dunia. Penyangkut ini yang dihasilkan dengan pemegang ergomonik yang membolehkan pengguna menyambung penyangkut ini dengan yang lain. Mempunyai berbagai warna yang pasti akan menarik perhatian dan memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.


THE EXTERNAL TOUCH PAD @ SKRIN SENTUH LUARAN

Skrin sentuh atau pun external touch pad boleh digunakan sebagai pengganti keyboard. PC yang ingin di direka boleh menggunakan panduan grafik dari external touch pad. Anda juga boleh menukar external touch pad kepada keyboard mengikut citarasa sendiri. Ada juga boleh mengetahui emel, RSS feed, masa, jadual, foto flickr dan lain-lain.



Saturday, September 25, 2010

TeKnOlOgI dAn InOvAsI telah lama bertapak dalam bidang pendidikan,
namun penggunaannya dalam bidang ini masih dilihat agak terhad terutama di kawasan luar bandar...
padahal kita ketahui bahawa bidang ini sangat penting dan boleh membantu bidang-bidang lain dalam pendidikan supaya ia lebih mudah difahami...
misalnya dalam bidang sains, sejarah dan sebagainya...
bagaimanakah TeKnOlOgI dAn InOvAsI dapat digunakan secara lebih menyeluruh disemua peringkat pendidikan terutama di sekolah dikawasan luar bandar?
nyatakan 5 langkah untuk melaksanakan dan menjayakannya.....