Saturday, October 23, 2010




BEG YANG BOLEH MENCARI WIFI TANPA DIBUKA


INOVATIF TITAN HIGHROLLER TRAVEL SUITCASE


MUZIK UNTUK PENARI BALET
Music toucher yang dihasilkan berkonsepkan membantu penari untuk mendengar muzik yang boleh bertukar menjadi getaran yang akan mewujudkan irama bagi memudahkan penari. Kasut ini juga boleh membantu orang yang pekak yang mempunyai impian untuk menari. Tapak kasut ini mempunyai modul memindahkan getaran yang tidak akan menggangu pemakai dan tidak akan mewujudkan perasaan tidak selesa. Kasut ini memindahkan irama menjadi getaran, hal ini kerana getaran yang dihasilkan di permukaan tanah akan membantu penari untuk merasainya dan menghasilkan langkah tarian. Direka oleh Heng Fengchi, Wang Xiaofei, Wang Lijue, Zhou Hongjie, and Gao Shan Shan



PENYANGKUT BAJU DUA DALAM SATU
Penyangkut baju ini dihasilkan oleh Chetan Sorab yang boleh digunakan untuk menyimpan pakaian dalam almari dengan pelbagai cara. Penghasilannya hasil inspirasi bentuk awal pesawat Perang Dunia. Penyangkut ini yang dihasilkan dengan pemegang ergomonik yang membolehkan pengguna menyambung penyangkut ini dengan yang lain. Mempunyai berbagai warna yang pasti akan menarik perhatian dan memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.

THE EXTERNAL TOUCH PAD @ SKRIN SENTUH LUARAN
Skrin sentuh atau pun external touch pad boleh digunakan sebagai pengganti keyboard. PC yang ingin di direka boleh menggunakan panduan grafik dari external touch pad. Anda juga boleh menukar external touch pad kepada keyboard mengikut citarasa sendiri. Ada juga boleh mengetahui emel, RSS feed, masa, jadual, foto flickr dan lain-lain.
