TEKNOLOGI DAN INOVASI

Saturday, September 25, 2010

TeKnOlOgI dAn InOvAsI telah lama bertapak dalam bidang pendidikan,
namun penggunaannya dalam bidang ini masih dilihat agak terhad terutama di kawasan luar bandar...
padahal kita ketahui bahawa bidang ini sangat penting dan boleh membantu bidang-bidang lain dalam pendidikan supaya ia lebih mudah difahami...
misalnya dalam bidang sains, sejarah dan sebagainya...
bagaimanakah TeKnOlOgI dAn InOvAsI dapat digunakan secara lebih menyeluruh disemua peringkat pendidikan terutama di sekolah dikawasan luar bandar?
nyatakan 5 langkah untuk melaksanakan dan menjayakannya.....

1 comments:

RidZwaN@UkM said...

Persoalan yang saudari kemukakan tersebut boleh diatasi dengan 5 langkah yang akan saya nyatakan bagi menjayakan penerapan @ kesedaran terhadap teknologi dan inovasi ini terutama dikawasan luar bandar..

1. Kerajaan haruslah memperkenalkan subjek mengenai teknologi dan inovasi bagi memastikan pelajar-pelajar diluar bandar tidak tersisih daripada pengetahuan mengenai teknologi dan inovasi.

2. Para guru yang dihantar oleh pihak pendidikan kepada sekolah-sekolah luar bandar hendaklah celik IT malah lebih daripada itu. Hal ini kerana masih terdapat kebanyakan guru-guru yang dihantar ke kawasan luar bandar tidak celik IT. Hal ini penting untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang sedar akan kepentingan teknologi dan inovasi dalam kehidupan.

3. Infrastruktur yang dibina oleh pihak kerajaan hendaklah lengkap dengan teknologi terkini untuk pembelajaran mengenai teknologi dan inovasi. Hal ini kerana kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar terutamanya Sabah dan Sarawak tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap, malah terdapat juga sekolah yang infrastrukturnya sudah usang di luar bandar.

4. Kaedah pengajaran di sekolah juga perlu diterapkan dengan penggunaan teknologi dan inovasi dengan penggunaan slide yang tidak memerlukan guru menulis di papan hitam dan dengan grafik dari komputer yang menyebabkan pelajar lebih mudah faham. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar terutamanya luar bandar semakin menyesuaikan diri dengan teknologi dalam pembelajaran.

5. Melalui 4 perkara diatas, ia mestilah disokong dengan perkara kelima ini iaitu minat dan kesedaran untuk mengetahui dan kepentingan teknologi dan inovasi dalam diri mereka sendiri.

Post a Comment